Oleh : Ataaay@yahoo.com
Sepanjang 3 hari bermula 10 hingga 12 Julai 2009, Halal@Nadwah telah sama-sama memeriahkan Karnival Zakat Pahang 09 yang dianjurkan oleh Pusat Kutipan Zakat Pahang. Karnival yang diadakan bertempat di pusat beli belah Kuantan Parade itu telah dikunjungi oleh ramai penduduk sekitar Kuantan.
Penyertaan Halal@Nadwah adalah lebih kepada mempromosikan kewujudan pasar mini ini di samping produk-produk yang dipasarkan serta perkhidmatan yang disediakan. Gerai Halal@Nadwah turut mengambil kesempatan menguar-uarkan penjualan sijil wakaf camar.
Pihak Urusetia Nadwah merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada urusetia Karnival kerana menjemput kami untuk menyertai dan memeriahkan karnival berkenaan. Terima kasih juga kepada semua para sukarelawan yang bertugas serta pengunjung-pengunjung yang sudi mengunjungi gerai kami.