1 Tetamu Online!   Jumaat 10 September 10 
     
     
Artikel NADWAH            
 

Artikel NADWAH

 

 

KAWAL PEMAKANAN UNTUK ELAKKAN GOUT
 
Sendi jari tangan tidak boleh bergerak kerana tersalah makan dan kaki tiba-tiba membengkak sehinggakan ingin memijak lantai pun terasa seolah-olah memijak atas timbunan jarum yang menegak.

Ini adalah sebahagian rasa yang dialami mereka yang menghidap penyakit gout. Tersalah makan saja terutama bayam, ikan bilis, dan makanan laut pastinya mereka yang mempunyai penyakit ini terpaksa menanggung kesakitan yang teramat sangat pada sendi anggota badan.

Penyakit gout mula dikena pasti lebih 2000 tahun dahulu dan ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat. Ia membabitkan serangan serta merta yang bukan sahaja menyebabkan kesakitan tetapi turut membengkak dan rasa panas di sendi.

Gout juga adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan protein) yang berkumpul pada sendi terutama pada kaki yang menyebabkan rasa sakit.

Umumnya gout sering dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku pada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.

Individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu perkumuhan asid urik turut berisiko mendapat gout. Penyakit gout juga boleh terjadi disebabkan pengamalan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan minuman, makan makanan laut yang berlebihan serta makan sesetengah sayuran seperti bayam dan cendawan.

Jangan biarkan gout tidak dirawat kerana kemungkinan untuk terjadinya kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak boleh terjadi. Gout biasanya mudah dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan kehadiran kristal asid urik. Selain itu, ujian darah juga dibuat untuk memastikan tahap asid urik dalam tubuh.

Walaupun bunyinya agak menakutkan, gout sebenarnya boleh dikawal dengan mengubah gaya hidup. Kurangkan minuman beralkohol, had pengambilan makanan daging merah atau ikan yang tinggi protein dan kawal berat badan. Selain itu, ubat-ubatan juga digunakan untuk merawat gout untuk jangka masa yang panjang.

Bagi individu yang mempunyai masalah gout disarankan untuk berpantang dan menghindarkan makanan yang kaya dengan protein seperti bijirin, ikan bilis, kicap, teh dan minuman alkohol.

Sebaliknya, minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan kerap melakukan senaman. Sayangilah tubuh anda kerana ia adalah anugerah yang tidak ternilai dari Maha Esa.
 
Cetak
Dibaca: 1075 kali
 
 
 
 
TERBARU

AKTIVITI HARI INI
KALENDAR
AKTIVITI
     
Berita | Liputan Media | Galeri | Beritahu Rakan | Jadikan Muka Depan
 
     
No. 121A, Tingkat 1, Bangunan MUIP, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang.
Tel : 09-5164709 / 09-5178703     Fax : 09-5178704