28-30 Ogos 09 - Sg. Semuji Agro Resort telah diadakan program Madrasah Ramadhan Anjuran bersama Jabatan belia dan sukan Negeri Pahang bersama Badan Nadwah Islamiah Pahang. Program ini merupakan kali yang ketiga dilaksanakan oleh Nadwah di atas kepercayaan yang diberikan Jabatan belia dan sukan telah di sertai oleh seramai 50 orang belia dan remaja sekitar daerah Kuantan.
Peserta didedahkan dengan ilmu khusus berkaitan dengan puasa dan bulan Ramadhan serta bagaimana mengisi dengan ibadat serta menjaga adab-adab supaya lebih bermakna ibadat puasa yang dilaksanakan. Peserta juga berpeluang memperbaiki diri melalui pelbagai pengisian yang di atur sepanjang program berjalan.
Rata-rata para peserta memberikan respons yang baik terhadap program Madrasah Ramadhan kali ini. Perasmian penutup telah di sempurnakan oleh Encik Nik Ismail bin Nik Wan Haron, Timbalan Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Pahang.