Kuantan, 10/10/2009 (Sabtu) bersamaan dengan 21 Syawal, Pusat Hemodialisis Islam Makmur (PHIM) telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya untuk meraikan para pesakit serta pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan PHIM sempena Aidilfitri 1430H.
Majlis tersebut telah diadakan di perkarangan PHIM bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 1.00 petang yang telah dihadiri oleh lebih kurang 400 orang tetamu.
Selain Pihak Pengurusan PHIM serta kakitangan, para pesakit juga telah bersama-sama menyumbang dalam penyediaan juadah. Majlis berjalan lancar dan penuh meriah dengan kehadiran para tetamu. Pihak pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan sambutan kali ini.