KUANTAN - 27hb Februari 2010 : Satu Program Amal dari Kolej Shah Putra telah berlangsung di PERMATA CAMAR bagi mendedahkan kepada Pelajar pusat pengajian tersebut turut serta membantu masyarakat yang kekurangan.
Puan Nurbaiti Bakthir selaku ketua program dan pensyarah, merasa amat bertuah kerana dengan adanya program seperti ini dapat menyumbangkan tenaga membantu dan beramah mesra dengan pelajar PERMATA CAMAR.
Program dimulakan dengan senaman pagi bersama-sama pelajar PERMATA CAMAR, seterusnya sama-sama bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran PERMATA CAMAR. Majlis diakhiri dengan majlis beramah mesra bersama pelajar bagi mengeratkan lagi silaturahim.