Sabtu 24 Januari 2010 bertempat di ruang legar Kuantan Parade, Pusat Hemodialisis Islam Makmur dan Badan Nadwah Islamiah Pahang dengan kerjasama Unit Transfusi Darah Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan telah mengadakan kempen derma darah yang bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 2.30 petang.
Sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat setempat yang mempunyai kesedaran terhadap pentingnya menderma darah . Selaku penyelia program derma darah HTAA En. Suhaimi Bin Yusof mewakili Unit Transfusi Darah merakamkan ribuan terima kasih kepada Pusat Hemodialisis Islam Makmur dan Badan Nadwah Islamiah Pahang .Beliau juga mengharapkan supaya lebih banyak lagi pertubuhan-pertubuhan yang akan tampil menganjurkan program derma darah tersebut.
Kempen yang telah berlangsung tersebut berjaya mengumpulkan 99 orang penderma. Pusat Hemodialisis Islam Makmur dan Badan Nadwah Islamiah Pahang mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penderma dan sukarelawan yang menjayakan program ini dan mengharapkan sokongan untuk program yang akan datang, Insya Allah.