16 Januari 2010 – Bengkel Pemantapan NADWAH bagi tahun 2010 telah dilangsungkan di Dewan Serbaguna PERMATA CAMAR dengan dihadiri oleh seramai 21 orang ahli dan sukarelawan. Bengkel yang bermula pada jam 9.30 pagi itu telah dipecahkan kepada 2 kumpulan bagi membincangkan 2 aspek yang ingin diberikan tumpuan pada tahun 2010 dan juga di masa akan datang. 2 tajuk utama tersebut ialah Hala Tuju dan Kewangan.
Antara yang telah digariskan dan dikemukakan hasil daripada bengkel tersebut ialah ;-
a) NADWAH / CAMAR / PHIM perlu mengujud atau memantapkan kembali biro-biro atau unit-unit bagi tujuan melancarkan lagi perjalanannya.
b) PHIM wajar mencari pilihan sama ada untuk berpindah ke lokasi yang baru yang lebih luas, selesa dan memudahkan akses atau membuka pusat dialisis kedua di Kuantan.
c) Mengkaji kemungkinan atau kesesuaian untuk menubuhkan sebuah koperasi sama ada di atas platform NADWAH atau PHIM atau CAMAR.
d) Mendedahkan anak-anak CAMAR kepada aktiviti yang mencorakkan kemahiran hidup mereka seperti pertanian, penternakan atau kraf tangan.
e) Mencari kumpulan-kumpulan sasar yang bersesuaian untuk ditawarkan penajaan pembinaan bangunan-bangunan di Kompleks PERMATA CAMAR.
Jawatankuasa Induk akan membincangkan dengan lebih mendalam segala hasil yang telah dirumuskan untuk memudahkan perlaksanaannya.