12 Disember 2009 : Satu Pertemuan Ramah Mesra antara Ahli Jawatan Kuasa Pengurusan (AJP) bersama anak-anak PERMATA CAMAR telah pun diadakan bertempat di Dewan Serba guna CAMAR. Program tersebut yang bermula pada jam 3.00 petang bertujuan untuk menemukan saf-saf pimpinan PERMATA CAMAR terutama kepada 7 orang penghuni baru di PERMATA CAMAR.
Majlis tersebut diceriakan dengan kehadiran Tuan Haji Halidan Bin Daud, Timbalan Badan Nadwah Islamiah Pahang merangkap Timbalan Pengerusi PERMATA CAMAR. Turut hadir ialah Encik Mohd Nazri bin Ibrahim, Penolong Setiausaha NADWAH / PERMATA CAMAR serta 2 orang AJP PERMATA CAMAR iaitu Encik Zafridan Bin Mohd Daud dan Tuan Haji Mokhtar Bin Jusoh. Majlis berakhir jam 5.00 petang.