Pusat Hemodialisis Islam MakmurRumah Anak YatimPusat Bimbingan
5 Tetamu Online!   Selasa 07 September 10
     
     

 
 
 
GPRS/EDGE/3G
 
 
 
Berita NADWAH            
 

Berita NADWAH

 

 

‘NADWAH Mini Market’ Mula Operasi
 

23 Mei 2008 – Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, akhirnya satu lagi sejarah dan tarikh penting bakal tercatat bagi Nadwah yang telah menjalankan beberapa aktiviti ‘Dakwah Bil Hal’ seperti menubuh dan mengendalikan pusat dialisis (PHIM) sejak tujuh tahun yang lalu. Menubuh dan mengendalikan rumah anak-anak yatim (Permata CAMAR) sejak tiga tahun yang lalu. Kini, dengan doa dan harapan yang baru, Nadwah akan memulakan operasi ’Mini Market Halal Nadwah’.

24 Mei 2008 merupakan hari promosi dan pembukaan rasmi Nadwah Mini Market dengan moto ”Memastikan Hanya Yang Halal” yang akan beroperasi di lot 117, Bangunan MUIP, Jalan Mahkota, Kuantan. Dengan memastikan kesemua barangan kegunaan harian yang ditawarkan mempunyai pengesahan halal oleh JAKIM dan produk keluaran orang-orang Islam yang berkualiti, Nadwah berharap akan dapat menarik minat para pelanggan ke mini market ini bagi memenuhi keperluan barangan halal mereka.

Sehingga ini, Nadwah Mini Market telah dapat menyediakan hampir 30% barangan keluaran orang Islam yang berkualiti. Di antaranya ialah barangan Agromas, Adabi, Jalen, Halal Gel, Olemas dan barangan pengusaha IKS tempatan. Juga terdapat beberapa pengeluar makanan dari kalangan orang-orang Islam bagi barangan ’bebola ikan, tauhu, mee kuning, ayam dan lain-lain.

Nadwah Mini Market juga dapat memastikan harga yang ditawarkan setanding dengan pasar-pasar mini yang lain. Selain mempelbagaikan jenis barangan, harga yang setanding, Nadwah Mini Market juga akan mengutamakan perkhidmatan dan kebersihan sebagai tarikan kepada para pelanggan.

Sebagai seruan kepada para pengguna, Nadwah Mini Market ingin memberikan pesanan......... ‘kami menyediakan yang Halal’............, ‘pengguna pastikan memilih yang Halal’.

Firman Allah, ”Wahai orang-orang yang beriman makanlah dari benda-benda yang baik (yang Halal) yang telah Kami berikan kepada kamu....’ (Al-Baqarah ; ayat 172)
 
Cetak
Dibaca: 1638 kali
 
   
 
 
 
TERBARU

BERITA NADWAH
ARTIKEL QUDWAH
NADWAH LINK
RISALAH QUDWAH
LIPUTAN MEDIA
HIPER RANGKAI
 
 
 
  KALENDAR
AKTIVITI
 
 
 
  WAKTU SOLAT
 
 
 
     
     
Galeri | Soal Jawab Agama | Cadangan & Komen | Beritahu Rakan | Jadikan Muka Depan | Hiper Rangkai
     
No. 121A, Tingkat 1, Bangunan MUIP, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang.
Tel : 09-5164709 / 5178703     Fax : 09-5178704