Pusat Hemodialisis Islam MakmurRumah Anak YatimPusat Bimbingan
4 Tetamu Online!   Selasa 07 September 10
     
     

 
 
 
GPRS/EDGE/3G
 
 
 
NADWAH Aktiviti CAMAR Profil
 

Profil

 
 
Projek kedua yang sedang dilaksanakan oleh NADWAH. PERMATA CAMAR diwujudkan bagi tujuan menyedia dan mengelola sebuah penempatan untuk anak-anak yatim yang miskin dan terbiar serta tiada tempat pergantungan dengan memberikan kemudahan tempat tinggal serta pendidikan (akademik dan kerohanian). Telah mula beroperasi pada 28 Februari 2004 dengan pengambilan awal seramai 5 orang anak-anak yatim dan miskin.
 
Secara umumnya, PERMATA CAMAR akan dijalankan menerusi 2 peringkat penubuhan iaitu :-
   
PELAN JANGKA PANJANG - Matlamat sebenar PERMATA CAMAR adalah untuk mewujudkan sebuah penempatan tetap dengan keluasan tanah minima 2 ekar serta dilengkapi dengan blok kediaman, bilik mentelaah, surau, dewan makan, dewan pelbagai guna, tempat riadah dan lain-lain. Kompleks ini yang dijangka mula beroperasi dalam tahun 2006 diharap dapat menampung sekurang-kurangnya seramai 50 Orang anak-anak yatim, miskin dan terbiar yang tiada tempat pergantungan.
   
PELAN JANGKA PENDEK - PERMATA CAMAR telah memulakan operasi awal pada 28 Februari 2004 di rumah No. 23, Lorong 33, Taman Berjaya Permai, 25150 Kuantan. Seramai 5 orang anak-anak yatim dan miskin telah dipilih untuk menyertai kumpulan pertama ini. Kehidupan harian mereka ditanggung sepenuhnya oleh PERMATA CAMAR serta diawasi sepenuhnya oleh sebuah keluarga angkat (warden) yang dilantik untuk menjaga mereka. PERMATA CAMAR mensasarkan bilangan anak-anak yang diselia di penempatan sementara ini akan mencapai jumlah 13 orang untuk tahun 2005 ini.
     
 
Mengujudkan satu kompleks rumah anak-anak yatim yang diuruskan secara sistematis dan terancang.
 
Membantu dan memberikan nafas baru kepada anak-anak yatim khususnya yang terdiri dari golongan fakir dan miskin.
 
Membuka dan memberi ruang kepada golongan yang berkemampuan untuk menyalurkan sedekah dan sumbangan mereka kepada satu organisasi yang diuruskan secara profesional.
  Membina kompleks yang serba lengkap dengan kemudahan yang selesa dan terkini.
  Membimbing dan membentuk penghuninya untuk menjadi Muslim sejati serta individu berakhlak mulia.
  Mewujudkan pengurusan yang cekap dan berwibawa.
  Menyediakan penempatan dan kemudahan yang lengkap kepada anak-anak yatim serta miskin dalam proses membentuk individu Muslim yang berakhlak mulia dan mampu berdikari.
     
 
   
 
 
 
TERBARU

BERITA NADWAH
ARTIKEL QUDWAH
NADWAH LINK
RISALAH QUDWAH
LIPUTAN MEDIA
HIPER RANGKAI
 
 
 
  KALENDAR
AKTIVITI
 
 
 
  WAKTU SOLAT
 
 
 
     
     
Galeri | Soal Jawab Agama | Cadangan & Komen | Beritahu Rakan | Jadikan Muka Depan | Hiper Rangkai
     
No. 121A, Tingkat 1, Bangunan MUIP, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang.
Tel : 09-5164709 / 5178703     Fax : 09-5178704