1 Tetamu Online!   Jumaat 10 September 10 
     
     

NADWAH dan PERMATA CAMAR amat mengalu-alukan kesudian mana-mana individu yang berminat untuk menjadi agen @ wakil bagi menjalankan kutipan/penjualan Sijil Wakaf Pembinaan Kompleks PERMATA CAMAR. Hubungi talian 09-5164709 / 019-9855887
.


 

Berita CAMAR

 
Karnival Maulidur Rasul
 
Surau P.A.K.R. Kempadang Perdana, 26hb Februari 2010 - Satu KARNIVAL MAULIDUR RASUL telah diadakan selama tiga hari di sini. Pelajar-pelajar PERMATA CAMAR juga telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan beberapa aktiviti yang diadakan di dalam program ini.

Di antaranya Pertandingan Bercerita Kisah Sirah Nabi Dan Para Sahabat. Adik Mohd Zulfikri Salahudin dari PERMATA CAMAR mendapat tempat kedua dan Pertandingan “indoor Game”. Adik Mohd Saiful Razlan Sidek telah memenangi tempat kedua dalam acara karom perseorangan.

Pada jam 6.00 petang Anak –Anak PERMATA CAMAR juga turut sama berarak bersama-sama qariah surau mengelilingi kawasan perumahan sekitar Surau P.A.K.R sambil melaungkan selawat ke atas Nabi junjungan kita.

Pada malam penutup, Malam Kesenian Islam sekali lagi Kumpulan PERMATA CAMAR telah dijemput bagi membuat persembahan yang dianggotai empat pelajar Adik Mohd Kamarudin Abdullah, Adik Mohd Syafiq Jais, Adik Mohd Taufiq Husin dan Adik Mohd Saiful Razlan Sidek, memeriahkan Malam Kesenian Islam dengan mendendangkan dua buah lagu Nabi Anak Yatim dan Utusan Terakhir.

Persembahan dari Kumpulan Nasyid FAIS mengakhiri Malam Kesenian Islam dan Karnival Maulidur Rasul tersebut.

 
Cetak
Dibaca: 54 kali
 
 
 
 
TERBARU

AKTIVITI HARI INI
KALENDAR
AKTIVITI
     
Berita | Liputan Media | Galeri | Beritahu Rakan | Jadikan Muka Depan
 
     
Lot 9015, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka Mukim Penor, 25150 Kuantan, Pahang.
Tel : 09-5164709 / 09-5178703     Fax : 09-5178704