14hb Disember 2009, Isnin : PERMATA CAMAR telah mengadakan satu Program Intensif Bahasa Inggeris selama tiga hari yang dikelolakan oleh dua orang guru secara sukarela. Program Ini melibatkan aspek pembacaan, penulisan dan perbualan di dalam Bahasa Inggeris.
Menerusi perlaksanaan program ini adalah diharapkan akan dapat mempertingkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan anak-anak PERMATA CAMAR terutama dalam pembelajaran mereka.
Pihak Pengurusan PERMATA CAMAR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Affidah Bt Mohamad dan Cik Atiqah Bt Jaafar di atas sumbangan khidmat tersebut.