09hb Disember 2009, Rabu : Satu Program Kem Sahsiah telah diadakan bagi mengisi musim cuti persekolahan anak-anak PERMATA CAMAR. Program yang keseluruhan pengisiannya dijayakan oleh para penuntut Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah ini amat bermakna kepada anak-anak ini.
Objektif Program untuk meningkatkan jati diri dan disiplin anak-anak ini di samping memupuk ukhuwah mereka bersama tujuh pelajar baru yang telah pun memasuki PERMATA CAMAR.