Kunjungan Kolej Shah Putra
 KUANTAN - 27hb Februari 2010 : Satu Program Amal dari Kolej Shah Putra telah berlangsung di PERMATA CAMAR bagi mendedahkan kepada Pelajar pusat pengajian tersebut turut serta membantu masyarakat yang kekurangan.
Karnival Maulidur Rasul
 Surau P.A.K.R. Kempadang Perdana, 26hb Februari 2010 - Satu KARNIVAL MAULIDUR RASUL telah diadakan selama tiga hari di sini. Pelajar-pelajar PERMATA CAMAR juga telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan beberapa aktiviti yang diadakan di dalam program ini.
Kunjungan KRT Taman Beserah
PERMATA CAMAR : Satu program dari KRT Taman Berserah telah diadakan di Surau PERMATA CAMAR pada 24hb Jan 2010 Ahad. Antara pengisian yang diadakan ialah 2 Slot LDK yang dikendalikan oleh para pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa serta JiranNita Taman Beserah.
Majlis berakhir jam 12.00 tengah hari.
Program Intensif Bahasa Inggeris
 14hb Disember 2009, Isnin : PERMATA CAMAR telah mengadakan satu Program Intensif Bahasa Inggeris selama tiga hari yang dikelolakan oleh dua orang guru secara sukarela. Program Ini melibatkan aspek pembacaan, penulisan dan perbualan di dalam Bahasa Inggeris.
Majlis Ramah Mesra bersama penghuni baru
 12 Disember 2009 : Satu Pertemuan Ramah Mesra antara Ahli Jawatan Kuasa Pengurusan (AJP) bersama anak-anak PERMATA CAMAR telah pun diadakan bertempat di Dewan Serba guna CAMAR. Program tersebut yang bermula pada jam 3.00 petang bertujuan untuk menemukan saf-saf pimpinan PERMATA CAMAR terutama kepada 7 orang penghuni baru di PERMATA CAMAR.
|