Ayam Brand 2011 Community Care Campaign
20hb April 2011 Permata CAMAR : Majlis Pelancaran Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand 2011 Peringkat Negeri Pahang telah berlangsung di Dataran CAMAR. Program yang bermula jam 3.00petang ini turut dihadiri wakil dan anak-anak dari Pusat Jagaan Kanak -Kanak Terencat Akal – Kuantan, Rumah Penyayang Tun Abdul Razak – Pekan dan Pertubuhan Anak-Anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah, Temerloh.
Pihak Ayam Brand telah diwakili oleh Pengurus Produknya, Cik Khoo Wooi Ling. Turut hadir bagi pihak Nadwah/Permata CAMAR ialah En. Mohd Nazri Bin Ibrahim (PSU), Ust. Mohd Suaadi Bin Saad (Setiausaha Kerja) dan Penyelia – Penyelia CAMAR.



Update Permata Camar April 2011
10/4/2011 : Satu Program Motivasi Pelajar telah diadakan di Surau Permata CAMAR bersama Biro Tarbiah bermula jam 10.00 pagi berakhir jam 12.00 Tengahari. Program Motivasi disampaikan oleh Cikgu Abdullah juga merupakan Ahli jawatankuasa Biro Tarbiah Permata CAMAR bagi mendedahkan kepada pelajar teknik –teknik pembelajaran yang berkesan.



14.04.2011 : Kumpulan Nasyid Permata CAMAR terlibat membuat persembahan bagi meraikan kedatangan Ahli Majlis Mesyuarat Tertinggi PEYATIM yang berkunjung ke Negeri Pahang . Program tersebut diadakan di Sempurna Resort yang juga dihadiri YM Dato’ Dr. Tengku Mahmud Bin Mansor Presiden PEYATIM.



16hb April 2011 : Satu Lawatan Muhibah dari Pelajar Kolej Teknoloji Bistari,Setiu Terengganu. Kolej Teknoloji Bistari adalah sebuah Kolej yang diusahakan oleh PEYATIM ( Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia ) untuk memberi kemudahan melanjutkan pembelajaran bagi anak-anak yatim seluruh Malaysia. Diantara program bersama yang diadakan, Malam Kesenian Dan Kebudayaan diadakan di Dewan Amansari Resort dan Sukaneka di Padang Riadah Permata CAMAR.



ANAK-ANAK CAMAR SERTAI MTQN RUMAH ANAK-ANAK YATIM PAHANG
26 Mac 2011 : Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Pahang (PEKAYA) telah menganjurkan Majlis Tilawah, Quran dan Nasyid (MTQN) antara rumah anak-anak yatim peringkat Negeri Pahang. Beberapa acara lain yang turut dipertandingkan ialah Hafazan, Azan, Marhaban dan Sajak. Majlis yang diadakan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan ini telah disertai oleh wakil-wakil daripada 7 buah rumah anak-anak yatim berikut ;-
i. Penempatan Anak-anak yatim Nadwah – Permata Camar, Kuantan
ii. Rumah Penyayang Tun Abdul Razak, Pekan
iii. Rumah Nur Zaharah, Janda Baik, Bentong
iv. Rumah Nurhidayah, Muadzam Shah
v. Rumah Anak-anak Yatim Islam Al Ihsan, Bentong
vi. Rumah Baitul Husna, Bukit Sekilau, Kuantan
vii. Maahad Bahasa & Ilmu Al-Quran, Tanjung Lumpur, Kuantan
(nama yang digelapkan merupakan ahli PEYATIM)
PERMATA CAMAR telah mencapai keputusan seperti berikut ;-
1. Tilawah (Menengah) = Johan = Tengku Mohd Khairul Hanis & Mohd Zulhilmi bin Asif
2. Azan (Menengah) = Johan = Mohd Nasrullah b. Ghafar
2.1 Azan (Rendah) = Johan = Mohd haris Haikal b. Efendi
3. Nasyid (Men/Ren) = Johan = Penganjur menggabungkan kedua-dua kategori.
4. Sajak (Menengah) = Kedua = Mohd Khairil bin Ya
Anak-anak PERMATA CAMAR tidak mendapat keputusan yang baik dalam acara Hafazan (Men) dan Sajak (Ren). Selain itu, PERMATA CAMAR tidak menghantar wakil dalam acara Tilawah (Ren), Hafazan (Ren) dan Marhaban.
Meski pun anak-anak PERMATA CAMAR memenangi acara Nasyid, namun tergambar kekecewaan di wajah anak-anak Sekolah Rendah berikutan tindakan penganjur yang menafikan peluang untuk mereka menampilkan persembahan di dalam kategori mereka sendiri apabila anak-anak ini diarahkan untuk bergabung antara Menengah dan Rendah. Persoalan yang turut timbul ialah siapa yang akan mewakili kategori Rendah ke MTQN Peringkat Kebangsaan pada Jun nanti.
Selain itu, penganjur disarankan agar mengambil langkah segera mendaftarkan rumah-rumah yang belum berdaftar dengan PEYATIM bagi tujuan memudahkan pemenang-pemenang mewakili negeri berikutan syarat ketat pihak penganjur kebangsaan yang mensyaratkan wakil mestilah dari rumah anak yatim yang berdaftar dengan pihak PEYATIM.
Majlis berakhir pada jam 4 petang.